Tuesday, October 26, 2010

lelaki dan perempuan


salam sayang..

saya rindu nak menulis..tp dua tiga hari yang lepas saya sangat sibuk..

tapi bile dah free malam nih takde idea lak..hihi..kawan2 kelas ese ajak kuar tadi sebenanye..nak sambut birthday criz..siyesly nk join sebenanye..tapi saya tak berape sihat..n x cukup kuat untuk keluar berseronok..hihi..

lagipun, saya dah decide..malam nih nak bersendiri dalam bilik..

rasanya kali nih saya nak post notes yang saya terbaca dari salah seorang kawan punye kawan dekat facebook..sebenanye saya tak tau sape penulis nya..so, maafla ek..=P

siyesly, sangat menarik untuk dikongsi..hihi..

ceritenye bermule...=]
Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki. Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' .

 Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum) Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan? Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama. Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini TERSANGAT LAH LEMBUT.

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern. Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli') Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. 

Contohnya. Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu. Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun" Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?" Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.

 Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa" Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang) 

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri. Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.
Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri. Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara. Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah. Amiiin. Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.

p/s: fikirkan dan renung-renungkan la..hihi..ye, saya tersangat la setuju dengan ape yang tertulis di atas..hihi..sebab saya juga perempuan, adek saya seramai 3orang juga perempuan, dan saya juga mempunyai ramai kawan-kawan perempuan..=]


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Sunday, October 17, 2010

Penat

salam...


saya sangat penat..


saya dapat rasa badan saya lemah..


maybe salah saya..tak pandai nak uruskan masa..


alhamdullilah, dari malam tadi sampai pagi...siap jugak satu page untuk asigment Kyoto Protocol..


Tapi, sebenarnya tak cukup..atleast saya kene tambah lagi dua pages..huhu..


badan saya dapat terus bertahan hanya dengan caffeine..


korang2, jangan tiru saya tau..minum caffeine untuk pertahanan diri..nanti jadi tak sihat...=(


kejap lagi saya kene bersiap-siap untuk ke perjumpaan basic concepts..


tengah hari pulak saya ade latihan drama for ESE night..huhu..


tuh pun satu masalah bagi saya..


saya dapat rase saya tak mampu buat..


saya takut saya memalukan diri sendiri n mengecewekan orang lain..


dan petang saya ade latihan untuk pasukan sorak Malaysia..hihi..bende ni lak saje-saje join untuk menghiburkan hati dalam kesibukan mengejar deadline for hantar asigment..hahaha..(aku mencari nahas!!)


dan lastly, malam pulak kemungkinan besar saya ade meeting JPK macam biasa..huhu..


eleh, jadual saya tak lah padat mane pun..cume saya nih je yang lembik dan takde daya pertahanan yag kuat..


sikit2 nak menangis..pantang ade bende yang menyentuh hati nak nangis..pastu pantang sedih or penat, saya pun jatuh la sakit..=(


korang, saya geram dengan diri saya..!!


p/s: Hanis Sofiah kene berubah Okeh..kene kuat!! chaiyok!!=)


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Saturday, October 16, 2010

Kenapa dengan saya hari ini??

salam..


kenapa dengan saya?


hari ni saya rasa ade something yang tak kene dengan diri-sendiri..


saya rasa saya sedih...


tapi saya tak boleh nak menangis...


saya rasa saya marah..


tapi saya x boleh nak menjerit...


saya rasa mengantuk..


tapi saya tak boleh nak tidur...


saya ingat badan saya lesu..


saya pergi mandi..


tapi lepas mandi pun saya rasa letih, tensen, sedih, marah dan geram..


tapi dengan sapa?


saya rasa saya sedih dengan diri sendiri...


saya marah dengan diri sendiri..


saya tak mampu buat apa-apa...


saya nak buat asgment, tapi saya tak boleh nak buat..


saya tak dapat nak fokus..keje saya teruk..saya tak puas hati dengan keje yang saya hasilkan..


jadi saya pun cuba call manis hati saya..


saya ingat dia dapat hilangkan semua kesedihan dan kemarahan yang saya rasekan terhadap diri sendiri...


tapi dia tak boleh..malah dia buat saya menangis lagi..


tapi tak pelah..atleast saya boleh menangis..thanx la kat manis hati ye..huhu


lega sikit saya lepas menangis..walaupun hati saya sakit lagi..


dari pagi tadi saya sedih..


petang baru saya call manis hati..


dan sekarang saya carik blog..


harap boleh la hilang semuanya lepas ni..huhu..


sekian..


p/s: masa mandi tadi saya terfikir..saya tahu mana tempat untuk saya hilangkan semua perasaan sedih dan marah saya..saya perlu jumpe Nya..even saya solat tapi saya rasa solat saya tak sempurna. maybe sebab tu la hati saya sedih dan resah je..huhu..Then, dah lame saya tak membace Quran..maafkan saya mak, anakmu ini lalai dengan urusan dunia..mugkin sekarang waktunya..Terima Kasih Ya Allah..kau masih membuka pintu hatiku..=)


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Wednesday, October 13, 2010

saya seorang planner

salam seorang planner,


saya ingin menjadi seorang planner yang terbaek untuk semua..


yang merancang kebahagiaan kepada emak dan abah pada masa tua mereka..


yang dapat merancang untuk kejayaan keluarga saya..


yang merancang dapat memberikan kemanisan untuk manis hati saya...


merancang untuk menjadi sebahagian daripada kegembiraan untuk sahabat2 saya..


dalam perancangan saya juga terselit ingin menjadi yang terkaya didunia..=P


kaya bukan sahaja dengan memiliki harta, TP dengan menjadikan perancangan saya satu realiti..hihi..


p/s: saya hanya merancang tp Allah yang menentukan..semoga kebahagiaan milik saya dan mereka serta anda semua..:]


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Saturday, October 9, 2010

Be Strong.

Agak lama saya tidak menulis dan meluahkan apa yang saya rasa.

Saya kembali meluahkan apa yang terlintas difikiran dan hati saya.

1: saya sedih bila melihat orang sedih kerana putus cinta.

2: semestinya orang akan sedih kalau dia dikecewekan dengan orang yang paling dia sayang and percaya.

3: mungkin saya tak pernah merasa macam mane sakitnya dikecewekan.

4: tapi saya pernah rasa ditinggalkan dan di tipu oleh sidia yang pertama..

5: memang sedih..tapi percaya or tidak sedih saya hilang selepas dua or tiga hari sahaja..=)

6: TIPS nya..jangan terlalu berharap pada si dia!!! mesti!

7: Percaya la awak...jodoh itu milik ALLAH.

8: Jangan merancang perhubungan kita..kerana perancangan yang abadi hanya miliknya yang Maha Esa.

9: awak...yang tengah bersedih kerana CINTA.kembali lah kepada Nya..hanya disitu akan terubat sakit kita.

10: awak...yang pernah mengecewakan sidia.. percayalah..masanya akan tiba.. Jangan terlalu memikirkan hati kita milik siapa..kerana seperti yang saya katakan jodoh itu Allah yang tentukan.

11: awak...yang pernah mengecewakan hati sidia...jagalah hati dia yang seterusnya dengan sebaiknya.

12: nasihat saya..jangan terus mengecewekan hati manusia..dan jangan sesekali bermain dengan hati dan perasaan..

13: harapan saya..semoga awak terus berbahagia..kerana kebahagiaan awak kegembiraan saya.=)


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D