Tuesday, January 15, 2013

Kerja Aku


in the name of Allah

assalamualaikum

Kalau dulu aku kata hidup aku membosankan. tapi sekarang semuanya dah berubah. aku dah tak macam dulu lagi. aku bukan perempuan lembik yang xbuat ape2. aku bukan budak perempuan manja yang akan meminta minta kalau nak apa apa. dan yang paling penting aku bukan lagi pemegang lesen kereta yang takot nak bawak kereta. 

haha. serius.

semuanya berubah dengan skelip mata.

macam kelakar. tapi inilah hidup aku.

aku dah kerja. aku dah merasa gaji pertama. 

setiap hari dalam fikiran aku adalah macam mane aku nak improve kan kerje aku. macammane aku nak buat kerja dengan cepat. dan mcm mane aku nak handle staff staff aku. ade sorang dua yang  perangai nak mintak penampar. ade jugak perangai macam gile kerjanye nak mengenakan aku je. dan setiap hari aku akan berhadapan dengan macam2 bende yg berbeza.

aku datang kerja dengan perasaan bercampur baur. takot. berdebor. dan bersemangat. serius. aku x pernah buat sesuatu dengan hati. macam keje ni.

jujur. kerja ni buat diri aku tak terurus. buat aku lupe waktu makan aku. buat aku lupe waktu dah berlalu. buat aku tak kenal siang atau malam. dua dua sama je bagi aku. baru aku paham maksud orang yang gila dengan kerja. jangan tak percaya. kalau waktu cuti aku habiskan waktu aku dengan study kerja aku. macam mane nak improve kerja aku. mcam mane orang orang lama buat kerja. 

setiap hari. bende paling puas bile aku tengok sales aku. sedih bile sales jatuh. senyum sampai telinge bile sales naik. senyum bangga. haha.

kerja ni memang menjarak kan hubungan aku dengan orang orang yang aku sayang. tapi kalau betul sayang, mesti paham kan ape yang aku nak buat dan capai dalam hidup aku. kalau sendiri yang menjauhkan diri. ape aku boleh buat. takpe. aku paham.

tipu la kalau aku cakap tak pernah terfikir nak resign. tapi semua tu akan hilang bile aku dapat improve kerja aku. 

sampai bile nak kerja ni? tu pun aku tak tahu. mungkin esok atau lusa. atau mungkin takkan berhenti. hihi. tapi parents dan orang orang terdekat banyak nasihat kan suruh berhenti. sebab kerja ni tak sesuai untuk aku. tapi percayelah buat mase nih kerja ni memang masuk dengan jiwa aku. 

aku bukan kerja duduk pejabat menghadap komputer. aku buat kerja luar. menghadap kerenah manusia. bende ni buat aku seronok. tak kerap mengantuk. macam dulu. haha

cume satu je xpernah hilang dalam diri aku walau seteruk atau segembire mane pon perasaan aku dalam kerjaya nih.

aku masih seperti dulu. seorang perempuan biasa. yang memang senang nak keluarkan air mata.

ceh. buat malu perempuan je. haha

okei. bye. esok kerja.


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

5 comments:

Ccomelnye die said... BALAS

wah!! Tahniah pat keje. Baru tau nih. Kerja niage sales ape nih kawan? hee

KopiSusu said... BALAS

haha. sy jd asstant manager kat 99speedmart. company mini market. kecik je pon.

aina halim said... BALAS

hoyeahh!! kerja kerjaaa!! keje leklok taw taw taw. and doakan org dapat keje jugak taw, nanti kita ley kuar shopping sesama. ajak rona. tetibe. hehe. miss ya, xoxo.

Hamsir Darmawan said... BALAS

Bangga jadi orang yang mandiri

Hamsir Darmawan said... BALAS

Bangga jadi orang yang mandiri