in the name of Allah
assalamualaikum
Haip!
Hidup aku membosankan. Duduk rumah tak buat ape. Aku cuma boleh online berejam tanpa jemu. Paling best pon keluar lepak kat mamak dengan kesayangan aku. Itula hidup aku setakat ini. Status aku cume graduan yang menggangur takde hala tuju. kesian.
Dulu.
Memang cita cita aku untuk sambung Master. ah, plan memang baik gile. tapi sape sangke mak aku tidak menggalakkan. Nada nye seperti tidak mengizinkan. Niat nya baik supaya aku mencari pengalaman bekerja. tapi aku tahu. aku belum ade mood untuk bekeja. haha. memang dasar pemalas aku ni.
Haritu.
Abah pulak mengizinkan untuk sambung master dengan dia sendiri berniat untuk menjadi penaja. ah, tapi aku pulak otak sudah giat mula bercita cita mencari kerja. duit dah takde. kikiki. padan muke. malu weh nak mintak dengan orang tua.
tak kan la.
mase belajar dorang taja. dah habes blaja nak pegi lepak mamak pon mintak duit orang tua.
ah. malu malu. hihi
oh. aku ade cerita. pasal nafsu.
dulu.
perangai aku. kalau ikut mak abah pegi shopping. niat aku hanya satu. dapatkan apa jua bentuk barang walaupon satu. maksudnya, aku kene beli walaupon satu barang. tak kesah la ape pon. so, jadi nye. biasanye aku akan beli bende yang tah pape. baju terbesar sangat la. terkecik sangat la. tak cantik la. terlebar lah. tu aku rase biase kot. haha.
padan muke.
sebab beli kelam kabut. tapi nak jugak beli. alah, biaselah kalau shopping dengan orang tua kene laju tangan capai ape sahaje masuk dalam raga. haha.
sekarang.
kalau aku ikut family shopping. aku xde nafsu dengan bende bende tuh. aku sendiri pelik. serious.
pernah. pergi shopping dengan mak kat kedai kasut. tengah sale oi. cantik. murah. mak aku sambar satu. aku belek satu satu. tibe tibe mak cakap ambik la satu. aku ni bodoh bodoh pergi tanya mak kat situ jugak mak ade ke duit? takpe la. akak taknak. haha.
pernah jugak. adik aku ajak aku pusing satu mall carik baju. die dok dekat setiap brand yang ade punye gile lame. aih, aku pusing takde nafsu. aku pelik dengan perangai aku. die sambar satu cardigan tengah offer. siap tanya angah taknak ke? cantik ni. murah pon iye.
aku dengan serius tanye, yeke? bukan same ke dengan yang ade kat pasar malam? dush. pelik. takde nafsu ke atau boleh dikire kedekut?
tahlah.
okei. aku biarkan kesah aku kejap.
Haritu. aku godek godek blog Fynn Jamal. Serious aku memang suka die. eh? haha. karya die. penulisan die. lagu lagu die. die superb. genius bagi aku la.
dia ade tulis
...demi rezeki yang cukup asal cukup...
Aku amik ayat ni kat blog sini. Bagus pengisiannya. korang boleh pergi bace. Maksudnye, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu. |
aku diam.
oh oh. yeke. baru tahu. ayat seribu dinar buat kita rase tenang dan cukup sekadar cukup. maksudnya, kite bersyukur ape yang kita ada. tak tamak dan tak ikut nafsu. Apa yang Fynn Jamal ni tulis ringkas je sebenarnya. tapi die buat orang macam aku paham.
okeh. sambung cerita aku.
dulu. kecik kecik.
lepas solat dengan abah. abah selalu suruh kitorang bace ayat seribu dinar. selalu. abah akan bace kuat kuat. bagi kitorang hapal. dan ye. aku hapal.
sebab abah cakap kalau kite amalkan, Allah akan selalu tolong kita dan bukak jalan bagi kita bile kite susah. aku hapal. sebab aku pikir aku akan bace ayat ni mase aku susah. Allah mesti akan tolong aku. contohnya aku akan terkumat kamit bace ayat nih mase jawab exam exam penting. hihi. lagi satu, time barang barang penting aku hilang. sambil carik sibuklah mulut aku bace ayat seribu dinar ni. hihi.
tapi tu dulu. mase aku kecik kecik.
tapi bile aku membesar jadi besar. aku makin lupe untuk amalkan ayat seribu dinar nih. mungkin aku lupa. tapi bile aku habes kat unimas. aku mule amalkan balik ayat nih. aku pon tak tahu kenape. haha. pelik je. tapi ye aku amalkan.
tu yang aku cakap. bile aku pegi shopping hati aku jadi biase je. tak excited. macam dulu tengok barang murah. rase nak beli semua. haha. serius aku pelik. sampai aku rase aku ni dah tua ke sampai hilang nafsu dengan barang barang cantik semua. haha
sampai la aku terbace post Fynn Jamal tu. hihi.
and aku macam oh oh. terime kaseh Ya Allah. kau buat aku tenang.
dan sekarang dan akan datang semoga aku istiqomah mengamalkan nya. dan semoga aku ikhlas dalam mengamalkannya.
aku tulis nih bukan apa apa. cuma sekadar nak berkongsi saje. ini entry serius sebenarnya. kalau apa yang aku tulis ni salah kat mana mana tolong tegur secara baik baik. sebab aku baru mula untuk belajar semula. masih baru. serius. banyak tak tahu. dan iye. ayat seribu dinar ni banyak faedahnye. sile amalkan ye. hihi
terime kaseh. ok bye.
BOLEH LIKE KALAU SUKE :D
4 comments:
sma lh kta ni nis..status grade tp still mnganggur..huhu.. hope da rezeki kta kt mna2 kn..
no worries ija. nanti ade la rezeki ija. ewah. pandai sy cakap.=p
Aok, ayat tu mmg senang nk hafal. Bgus anis da tau tu. Kitak bca gak yg sya share kt post tu, kalo asa ad prblem, krg tenang. Amalkn.
Btw, byk ayat2 laen gak. And i know tat u know. Hee. Eh, smbng la dear. Wat part time ke kalo kitk mok kerja. Hee. P pa2 pun. All d best kyh. Rezeki ad kat dpan, cuma tgu masa jga.
Pija boh iso. Mun btol cara yg kita polah mok dptkn sesuatu, allah bg. =)
EFFORTS.
hanis zalikha..oppss i mean, hanis sofiahhh, org ske gak fynn jamal. syok an dye? dia positif, kita patut surround diri kita dgn positive people like her.
And ayat seribu dinar? definitly. legit.
xoxo
Post a Comment