Tuesday, January 15, 2013

Kerja Aku


in the name of Allah

assalamualaikum

Kalau dulu aku kata hidup aku membosankan. tapi sekarang semuanya dah berubah. aku dah tak macam dulu lagi. aku bukan perempuan lembik yang xbuat ape2. aku bukan budak perempuan manja yang akan meminta minta kalau nak apa apa. dan yang paling penting aku bukan lagi pemegang lesen kereta yang takot nak bawak kereta. 

haha. serius.

semuanya berubah dengan skelip mata.

macam kelakar. tapi inilah hidup aku.

aku dah kerja. aku dah merasa gaji pertama. 

setiap hari dalam fikiran aku adalah macam mane aku nak improve kan kerje aku. macammane aku nak buat kerja dengan cepat. dan mcm mane aku nak handle staff staff aku. ade sorang dua yang  perangai nak mintak penampar. ade jugak perangai macam gile kerjanye nak mengenakan aku je. dan setiap hari aku akan berhadapan dengan macam2 bende yg berbeza.

aku datang kerja dengan perasaan bercampur baur. takot. berdebor. dan bersemangat. serius. aku x pernah buat sesuatu dengan hati. macam keje ni.

jujur. kerja ni buat diri aku tak terurus. buat aku lupe waktu makan aku. buat aku lupe waktu dah berlalu. buat aku tak kenal siang atau malam. dua dua sama je bagi aku. baru aku paham maksud orang yang gila dengan kerja. jangan tak percaya. kalau waktu cuti aku habiskan waktu aku dengan study kerja aku. macam mane nak improve kerja aku. mcam mane orang orang lama buat kerja. 

setiap hari. bende paling puas bile aku tengok sales aku. sedih bile sales jatuh. senyum sampai telinge bile sales naik. senyum bangga. haha.

kerja ni memang menjarak kan hubungan aku dengan orang orang yang aku sayang. tapi kalau betul sayang, mesti paham kan ape yang aku nak buat dan capai dalam hidup aku. kalau sendiri yang menjauhkan diri. ape aku boleh buat. takpe. aku paham.

tipu la kalau aku cakap tak pernah terfikir nak resign. tapi semua tu akan hilang bile aku dapat improve kerja aku. 

sampai bile nak kerja ni? tu pun aku tak tahu. mungkin esok atau lusa. atau mungkin takkan berhenti. hihi. tapi parents dan orang orang terdekat banyak nasihat kan suruh berhenti. sebab kerja ni tak sesuai untuk aku. tapi percayelah buat mase nih kerja ni memang masuk dengan jiwa aku. 

aku bukan kerja duduk pejabat menghadap komputer. aku buat kerja luar. menghadap kerenah manusia. bende ni buat aku seronok. tak kerap mengantuk. macam dulu. haha

cume satu je xpernah hilang dalam diri aku walau seteruk atau segembire mane pon perasaan aku dalam kerjaya nih.

aku masih seperti dulu. seorang perempuan biasa. yang memang senang nak keluarkan air mata.

ceh. buat malu perempuan je. haha

okei. bye. esok kerja.


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Sunday, November 25, 2012

Sekadar Cukup


in the name of Allah

assalamualaikum


Haip!

Hidup aku membosankan. Duduk rumah tak buat ape. Aku cuma boleh online berejam tanpa jemu. Paling best pon keluar lepak kat mamak dengan kesayangan aku. Itula hidup aku setakat ini. Status aku cume graduan yang menggangur takde hala tuju. kesian.

Dulu.

Memang cita cita aku untuk sambung Master. ah, plan memang baik gile. tapi sape sangke mak aku tidak menggalakkan. Nada nye seperti tidak mengizinkan. Niat nya baik supaya aku mencari pengalaman bekerja. tapi aku tahu. aku belum ade mood untuk bekeja. haha. memang dasar pemalas aku ni.

Haritu.

Abah pulak mengizinkan untuk sambung master dengan dia sendiri berniat untuk menjadi penaja. ah, tapi aku pulak otak sudah giat mula bercita cita mencari kerja. duit dah takde. kikiki. padan muke. malu weh nak mintak dengan orang tua. 

tak kan la.

mase belajar dorang taja. dah habes blaja nak pegi lepak mamak pon mintak duit orang tua.
ah. malu malu. hihi

oh. aku ade cerita. pasal nafsu.

dulu. 
perangai aku. kalau ikut mak abah pegi shopping. niat aku hanya satu. dapatkan apa jua bentuk barang walaupon satu. maksudnya, aku kene beli walaupon satu barang. tak kesah la ape pon. so, jadi nye. biasanye aku akan beli bende yang tah pape. baju terbesar sangat la. terkecik sangat la. tak cantik la. terlebar lah. tu aku rase biase kot. haha.

padan muke.

sebab beli kelam kabut. tapi nak jugak beli. alah, biaselah kalau shopping dengan orang tua kene laju tangan capai ape sahaje masuk dalam raga. haha.

sekarang.
kalau aku ikut family shopping. aku xde nafsu dengan bende bende tuh. aku sendiri pelik. serious. 

pernah. pergi shopping dengan mak kat kedai kasut. tengah sale oi. cantik. murah. mak aku sambar satu. aku belek satu satu. tibe tibe mak cakap ambik la satu. aku ni bodoh bodoh pergi tanya mak kat situ jugak mak ade ke duit? takpe la. akak taknak. haha.

pernah jugak. adik aku ajak aku pusing satu mall carik baju. die dok dekat setiap brand yang ade punye gile lame. aih, aku pusing takde nafsu. aku pelik dengan perangai aku. die sambar satu cardigan tengah offer. siap tanya angah taknak ke? cantik ni. murah pon iye. 

aku dengan serius tanye, yeke? bukan same ke dengan yang ade kat pasar malam? dush. pelik. takde nafsu ke atau boleh dikire kedekut?

tahlah. 

okei. aku biarkan kesah aku kejap.

Haritu. aku godek godek blog Fynn Jamal. Serious aku memang suka die. eh? haha. karya die. penulisan die. lagu lagu die. die superb. genius bagi aku la. 

dia ade tulis 

...demi rezeki yang cukup asal cukup...

Aku amik ayat ni kat blog sini. Bagus pengisiannya. korang boleh pergi bace.

Maksudnye,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu.


okei. based on ape yang Fynn Jamal cakap. Kau amalkan ini dan kau akan rasa tenang. rasa tak perlu di segala2nya, cukup sekadar cukup, rase malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu."


aku diam. 
oh oh. yeke. baru tahu. ayat seribu dinar buat kita rase tenang dan cukup sekadar cukup. maksudnya, kite bersyukur ape yang kita ada. tak tamak dan tak ikut nafsu. Apa yang Fynn Jamal ni tulis ringkas je sebenarnya. tapi die buat orang macam aku paham.

okeh. sambung cerita aku.

dulu. kecik kecik.
lepas solat dengan abah. abah selalu suruh kitorang bace ayat seribu dinar. selalu. abah akan bace kuat kuat. bagi kitorang hapal. dan ye. aku hapal.

sebab abah cakap kalau kite amalkan, Allah akan selalu tolong kita dan bukak jalan bagi kita bile kite susah. aku hapal. sebab aku pikir aku akan bace ayat ni mase aku susah. Allah mesti akan tolong aku. contohnya aku akan terkumat kamit bace ayat nih mase jawab exam exam penting. hihi. lagi satu, time barang barang penting aku hilang. sambil carik sibuklah mulut aku bace ayat seribu dinar ni. hihi.

tapi tu dulu. mase aku kecik kecik.
tapi bile aku membesar jadi besar. aku makin lupe untuk amalkan ayat seribu dinar nih. mungkin aku lupa. tapi bile aku habes kat unimas. aku mule amalkan balik ayat nih. aku pon tak tahu kenape. haha. pelik je. tapi ye aku amalkan.

tu yang aku cakap. bile aku pegi shopping hati aku jadi biase je. tak excited. macam dulu tengok barang murah. rase nak beli semua. haha. serius aku pelik. sampai aku rase aku ni dah tua ke sampai hilang nafsu dengan barang barang cantik semua. haha

sampai la aku terbace post Fynn Jamal tu. hihi.

and aku macam oh oh. terime kaseh Ya Allah. kau buat aku tenang.
dan sekarang dan akan datang semoga aku istiqomah mengamalkan nya. dan semoga aku ikhlas dalam mengamalkannya.

aku tulis nih bukan apa apa. cuma sekadar nak berkongsi saje. ini entry serius sebenarnya. kalau apa yang aku tulis ni salah kat mana mana tolong tegur secara baik baik. sebab aku baru mula untuk belajar semula. masih baru. serius. banyak tak tahu. dan iye. ayat seribu dinar ni banyak faedahnye. sile amalkan ye. hihi

terime kaseh. ok bye.


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Thursday, November 22, 2012

Apa Usaha Kita?


in the name of Allah

assalamualaikum


Hai korang. saya ngaku. saya ni malas nak update blog. memang malas. tapi aku rase aku perlu tulis sesuatu pasal isu ni. niat kerana Allah. semoge ade kebaikan.

pasal isu palestine. sebenarnye. aku jenis yang suke jadi silent reader je. suke bace komen komen orang yang suke debat debat. suke bace. tak suke campur. kalau debat debat sangat lastnye bawak kepada pergaduhan. tak elok jugak kan. 

Aku dah banyak jumpe orang atau komen komen orang yang pandang rendah dengan usehe usehe mereka yang cube memperjuangkan isu palestine nih.

iye.

dulu.

aku antare orang yang terfikir.

kite bising bising. kite cube promote promote. boikot boikot kat facebook internet bagai ni ade effect ke kat israel tuh? dorang akan berhenti ke buat keganasan semue tuh.

kite tukar profile picture cover picture boleh selamatkan ke kanak kanak tak bersalah kat gaza tuh?

i wonder stop makan Mcd boleh buat Israel benti tembak tembak ke?

tapi.

aku diam je. bapak aku pernah cakap jangan jadi bodoh sombong. paham?

maksudnye. taktahu tapi sibuk berdebat pertahankan PENDAPAT yang diri sendiri rase betul. aku taknak jadi macam tuh.

so, ape aku buat? 

aku follow perkembangan.

aku bace.

bace.

dan terus kan membace.

sampai siket siket.

dup. dup. dup.

Ya Allah. aku macam realize siket.

Aku start betul betul realize bile aku terbace ade seorang ni sape tah. die antare orang orang yang cube memberi kesedaran kepada orang orang jahiliah seperti aku. ye. jahil sebab tak tahu. tu maksud jahil. hihi

die cerite kan kesah si burung pipit dengan nabi ibrahim.

then.

dalam hati aku.

oh oh. ya Allah. maafkan aku.

okeh, sape tak bace lagi. jangan malas. sile bace.



Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.


ok paham tak?

boleh tak kaitkan dengan isu palestin nih?

macam nih, ape persoalan aku tadi?

satu) kite bising bising. kite cube promote promote. boikot boikot kat facebook internet bagai ni ade effect ke kat israel tuh? dorang akan berhenti ke buat keganasan semue tuh.

memang. kite tak tahu ape akan jadi. mungkin keganasan tuh akan berterusan. tapi paham tak yang kene serang tu sape? saudara islam kite. saudara satu agama dengan kite. Nanti kat akhirat sane Allah tak tanye pon sama ada aku ni hanis sofiah dapat ke berhentikan keganasan israel tu? tapi apa usaha kita? apa yang kita buat?

dua) kite tukar profile picture cover picture boleh selamatkan ke kanak kanak tak bersalah kat gaza tuh?

memang. tukar profile picture bukan boleh selamatkan kanak-kanak yang tak bersalah. tapi dengan tukar profile picture tuh boleh buat orang lain sedar akan ape yang sedang berlaku. kesedaran yang datang dari seseorang tuh boleh buat die cube untuk lakukan sesuatu walaupun usaha die sekecil zarah sekalipun ianya tetap adalah usaha dari langsung tak buat ape.

paham tak?

tiga) i wonder stop makan Mcd boleh buat Israel benti tembak tembak ke?

okeh. ini jujur. saya menyampah tahu tak orang yang merperlekehkan isu boikot. Macam ni la kan. nak boikot. biarlah orang boikot. kalau tak nak boikot tolong diam boleh. takpayah nak perlekehkan.

tipu la. kalau keuntungan Mcd tu takde siket pun di salurkan kat pihak Israel.

macam ni la.

kalau isu boikot nih dah ramai sangat yang tulis. korang cariklah. pilih mane yang terbaik.

Satu je saya nak cakap. tolong la banyak kan membaca. saya pon banyak lagi yang taktahu dan perlu tahu. ape yang saya tulis nih adelah fikiran saya dulu dan sekarang. saya cube terjemahkan dalam bentuk tulisan ini. niat hanya satu. moga mendapat manfaat.

saya cuma nak share perubahan yang saya rasa.

Jadilah macam dalam cerita burung pipit tadi. Cuba buat ape yang kita mampu walaupun ianya sekecil hatta mungkin remeh bagi pandangan orang lain. tapi percayalah ada nilai di mata Allah.
ok. bye.


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Hotel Best Yang Saya Pernah Jumpa!


in the name of Allah

assalamualaikum

hai haha. whoah! tajuk sangat tak boleh blah. lol. sebenarnye, saya sedang mencari-cari hotel yang save money dan selesa kat area Genting Highlands! sebab hoyeahh. kite nak pegi Genting. hihi. tengah tercari cari goooglee google and search enter search enter. dan mana berkenan saya list kan banyak banyak. tibe tibe.

dan saya terfikir. kenape saya taknak buat bende yang sama? kite suke dan kite kongsi. hihihi. dan tara. Ini pengalaman saya kat HOMESTAY KUCHING. tapi bukan kat Genting okeh. hanya di Kuching Sarawak. chekidout bebeh.

HomeStay Kuching nih just a budget hotel tapi jangan risau sebab dorang provides a five star services and facilities. Pergh. pergh. mane nak carik kan. so saya pun ape lagi huarghhh terus email dan book. and you know what. hihi dorang bagi special rate untuk government servant. hoyeah! so, lagi la murah. bile kite dapat save duit kat hotel. duit tuh kite boleh buat pergi kat tempat lain lagi. another hoyeah! hihi.=p

tapi, saya just try book dua malam untuk Homestay Kuching ni untuk langkah berjaga jaga kalau tak selesa. dan bile dah sampai je tempatnye saya macam huarghhh sekali lagi. haha. best gile. best gile. haha.






Ini Deluxe Twin Double Room. bilik hari ke 3 & 4. kitorang tukar bilik yang besarr cket sebab asalnye yang nih dah full. tapi akhirnye! dapat jugak.=)





Ini tandas die. Motif utame bukan tunjuk gambar baby kesayangan saya ni ye. hihi




Kaunter kafe die.



Cafe die.

Ape yang saya suke pasal hotel nih. sebab services die. pergh. superb! kite book tak pakai duet pon tapi dorang still tepati janji seperti yang dikatakan even time tu memang peak season. orang check in je memanjang. tak macam hotel lagi satu tuh. bencik tau. grr! buang habis kredit je follow up banyak kali nak make sure kan bilik yang kita nak ade. last last bagi bilik tak besh. kecik and tak bersih. so, dari sini dah buat saya respect ah ngan HomeStay Kuching nih. dorang memang bagi bilik yang betul2 kite mintak. 

Staff die pon semuaa friendly gile. baik saya cakap. percayalah. kereta saya rosak dorang tolong tanye tanye. haha. dari Front Desk sampai ke Cleaner semuaa staff die baik baik. 

Hurm, lagi die punye design. katil. view. bilik. toilet. kemas. bersih. haha

Okeh. dah. penat saya puji. yela. sebab saya puas hati kan. tapi still ade kekurangan die. pertama, tilam keras. iye. tilam die memang keras. tapi still acceptable. still selese. bukanlah keras sangat sampai xboleh nak tido. saya jugak ade tanye pendapat parents saya pasal kekerasan tilam ni. dan jawapan mak tilam keras la baik untuk tulang belakang. haha. serious? saya tanye jugak one of my friends yang stay tempat yang sama pasal tilam yang keras jugak, dan jawapan die pon lebeh kurang sama dengan ape yang mak cakap. baik untuk tubuh badan. eh eh. serious? haha.

kedua. makanan. cafe. cafe die just bukak untuk breakfast sahaja. dan makanan die tak sedap. hihi. sorry. but it is okay sebab I stay bukan for food. Makanan boleh carik kat luar yang lagi banyak awesomess and murah!

oh, pasal location. nak carik kedai makanan kene keluar lah naik transport. sebab kalau setakat jalan kaki je tak jumpe kot kedai makan yang berdekatan. haha. you kene ade transport sendiri. jeng.jeng.jeng.

Last but not least nasihat saya kalau nak carik hotel kat Kuching nih. cari betul betul. sebab terlalu banyak sangat hotel, apartment, bed and breadfast lagi dan macam macam. hati hati dengan Indah Khabar dari Rupa. haha. saya dah terkene. weheee! Kadang kadang dengan badget korang yang tinggi tapi bile tengok depan mata aku deserve hotel lagi baik dengan budget ni. percayelah. aku pernah terkena. padan muke. haha.

okeh. okeh. sekarang korang boleh pergi die punye website and tengok sendiri ape eh eh. hoyeahhh! tekan HomeStay Kuching.

bye!=)


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

Wednesday, October 31, 2012

Sarawak

in the name of Allah

assalamualaikum

Sarawak!

Sorry. saya conteng! HAHA!
Okei, memperkenalkan kereta sewa yang bawak gua dan family travelling Bumi Ke
nyalang.
Harge: RM85 sehari. Auto. Tuan empunye seorang guru! :)

#Murah tak
? Murah tak?=)


Hai. hehe. Saya nak cerita Sarawak dari perspektif saya. ewah! haha. Okei, taklah. Saya taktahu kenape dari zaman sekolah dulu instinct saya selalu rase yang Sarawak macam dekat dengan hati saya. Haha! Macam lawak gile. serius. 

Tapi itu la dalam hati saya. Contoh. Masa mule-mule tahu saya dapat PLKN.

"Eh, tah-tah aku dapat Sarawak. Macamne la nanti kalau dapat sane. Tapi macam besh!"

okei, simpan dalam hati jek. and saya tak dapat ponnn kat Sarawak. Pastuh,  masa nak pilih kos untuk uni. Dah pilih, padam pilih, padam balik and last dalam hati

"Ape salahnye aku selitkan satu kat Sarawak. Kos nye pon macam besh"

tapi dalam hati berdebar jugak. Sebab saya dah plan baik punye untuk belajar same-same dengan si dia manis hati saya. Tapi tuh la. perancangan manusia hebat mane lah jika dibandingkan dengan Dia, Tuhan ku, Tuhan kita semua. Pemberi nyawa saya. Pemberi segala nikmat yang saya rasa. :)

Akhirnya. Sarawak destinasi saya.
Saya dapat kos yang saya suka. Tapi jauh nun dari si manis hati dan keluarge.

Perasaan. Jadi bercampur baur. Suka. Sedih. Takut. Bercampur. Perasaan macam tengah di blender. hihihi.

Dan sekarang.

Sarawak hanya dalam kenangan. Taktahu bile lagi nak pergi. Tapi yang pasti saya akan pergi lagi. Haritu. sebelum tinggalkan bumi Sarawak, saya sempat buat dan makan apa yang saya nak. saya pergi tempat yang saya nak pergi. dan ianya sangat besh. dan tidak sia-sia.

saya drive sendiri. alone tapi kejap. HAHA! saya makan laksa sarawak. sepanjang hidup saya kat bumi Kuching, saya takpernah walau sekali order laksa sarawak. grrrr!

saya pegi 

Kampung Budaya.

Semenggoh.

Pasar Serikin.

Jong Crocodile Farm. 

Tak banyak tempat dapat cover. Walaupun pergi selama 6hari.

sebab.

banyak sesat. HAHA!

takpe. bile lagi. hewhewhew.

semua nih rase bahagia. sebab buat dengan keluarge tercinte. 

Naek sampan kat waterfront waktu hujan. tapi abah steady je busy amik gambar. dalam hati saya dengan mak. takot. sebab hujan lebat.

belum kire. gaduh-gaduh manje,

lawan cakap mak.

sebab nak tunjuk jalan. sape betul sape salah

 last last banyak ikot cakap mak je.

sebab kalau ikot saya akhirnye sesat.

haha. Gile!

Nah. Gambar. Semoge kenangan dengan bumi Kuching, Sarawak terus kekal dalam hati.
Senyum sorang-sorang.
Alhamdulillah Ya Rahman, Ya Rahim.
Bahagia ini saya yang rasa.

Total semua bagasi ni, lebih 60kg! Aiyoo.


My Lovely Abah. dan juge photographer saya.
#Thanks Abah.
I love you Mak! Mak sangat kuat ingatan. sekali tengok and lalu, die ingat jalan, bangunan. grrrr!
#Jelesss! Itu yang selalu bertekak jek! HAHA.
Adik Si jantung hati penyeri family.


Gambar secara random saja. dan itupun mase ondaway nak pulang. sebab cerita pon secara random. hihihi.
Bye Sarawak. Ada jodoh kite jumpa lagi.=)



BOLEH LIKE KALAU SUKE :D