Thursday, November 22, 2012

Apa Usaha Kita?


in the name of Allah

assalamualaikum


Hai korang. saya ngaku. saya ni malas nak update blog. memang malas. tapi aku rase aku perlu tulis sesuatu pasal isu ni. niat kerana Allah. semoge ade kebaikan.

pasal isu palestine. sebenarnye. aku jenis yang suke jadi silent reader je. suke bace komen komen orang yang suke debat debat. suke bace. tak suke campur. kalau debat debat sangat lastnye bawak kepada pergaduhan. tak elok jugak kan. 

Aku dah banyak jumpe orang atau komen komen orang yang pandang rendah dengan usehe usehe mereka yang cube memperjuangkan isu palestine nih.

iye.

dulu.

aku antare orang yang terfikir.

kite bising bising. kite cube promote promote. boikot boikot kat facebook internet bagai ni ade effect ke kat israel tuh? dorang akan berhenti ke buat keganasan semue tuh.

kite tukar profile picture cover picture boleh selamatkan ke kanak kanak tak bersalah kat gaza tuh?

i wonder stop makan Mcd boleh buat Israel benti tembak tembak ke?

tapi.

aku diam je. bapak aku pernah cakap jangan jadi bodoh sombong. paham?

maksudnye. taktahu tapi sibuk berdebat pertahankan PENDAPAT yang diri sendiri rase betul. aku taknak jadi macam tuh.

so, ape aku buat? 

aku follow perkembangan.

aku bace.

bace.

dan terus kan membace.

sampai siket siket.

dup. dup. dup.

Ya Allah. aku macam realize siket.

Aku start betul betul realize bile aku terbace ade seorang ni sape tah. die antare orang orang yang cube memberi kesedaran kepada orang orang jahiliah seperti aku. ye. jahil sebab tak tahu. tu maksud jahil. hihi

die cerite kan kesah si burung pipit dengan nabi ibrahim.

then.

dalam hati aku.

oh oh. ya Allah. maafkan aku.

okeh, sape tak bace lagi. jangan malas. sile bace.



Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.


ok paham tak?

boleh tak kaitkan dengan isu palestin nih?

macam nih, ape persoalan aku tadi?

satu) kite bising bising. kite cube promote promote. boikot boikot kat facebook internet bagai ni ade effect ke kat israel tuh? dorang akan berhenti ke buat keganasan semue tuh.

memang. kite tak tahu ape akan jadi. mungkin keganasan tuh akan berterusan. tapi paham tak yang kene serang tu sape? saudara islam kite. saudara satu agama dengan kite. Nanti kat akhirat sane Allah tak tanye pon sama ada aku ni hanis sofiah dapat ke berhentikan keganasan israel tu? tapi apa usaha kita? apa yang kita buat?

dua) kite tukar profile picture cover picture boleh selamatkan ke kanak kanak tak bersalah kat gaza tuh?

memang. tukar profile picture bukan boleh selamatkan kanak-kanak yang tak bersalah. tapi dengan tukar profile picture tuh boleh buat orang lain sedar akan ape yang sedang berlaku. kesedaran yang datang dari seseorang tuh boleh buat die cube untuk lakukan sesuatu walaupun usaha die sekecil zarah sekalipun ianya tetap adalah usaha dari langsung tak buat ape.

paham tak?

tiga) i wonder stop makan Mcd boleh buat Israel benti tembak tembak ke?

okeh. ini jujur. saya menyampah tahu tak orang yang merperlekehkan isu boikot. Macam ni la kan. nak boikot. biarlah orang boikot. kalau tak nak boikot tolong diam boleh. takpayah nak perlekehkan.

tipu la. kalau keuntungan Mcd tu takde siket pun di salurkan kat pihak Israel.

macam ni la.

kalau isu boikot nih dah ramai sangat yang tulis. korang cariklah. pilih mane yang terbaik.

Satu je saya nak cakap. tolong la banyak kan membaca. saya pon banyak lagi yang taktahu dan perlu tahu. ape yang saya tulis nih adelah fikiran saya dulu dan sekarang. saya cube terjemahkan dalam bentuk tulisan ini. niat hanya satu. moga mendapat manfaat.

saya cuma nak share perubahan yang saya rasa.

Jadilah macam dalam cerita burung pipit tadi. Cuba buat ape yang kita mampu walaupun ianya sekecil hatta mungkin remeh bagi pandangan orang lain. tapi percayalah ada nilai di mata Allah.
ok. bye.


BOLEH LIKE KALAU SUKE :D

2 comments:

Ccomelnye die said... BALAS

Bismillah.

Mok tmbh cket. Boley amlkn ayat 69, surah al anbiya utk mlpskn dri drpd kesulitan, atau kebakaran. Ssnghny Allah tmpat yg plg mutlak kita mnta tlg, kan?

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata : Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah:

حَسْبِيَ اللَّه وَنِعْمَ الْوَكِيل

Bermaksud: "Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung." 

And boh lupa doakn kesejhteraan saudara2 musleemeen kitak semua. At least, barakah masuk. Jnji Allah ya pasti.
Setiap yg brlaku adalah rahsia-Nya.

Segalanya bermula dgn niat. Wallahua'lam.

KopiSusu said... BALAS

Terime kaseh maa sbb share. kmk baru tahu.=)